PERANCANGAN STRATEGIK



“The most basic  idea of  strategy is the application of strength against weakness….strength applied to the most promising opportunity….potential strength, to day call advantages.”
Richard Rumlet (2013)Good and Bad Strategy,UK, Profile Books



ANALOGI DAN PERBANDINGAN

Saya mulakan perbincangan ini dengan mengambil analogi David (1999) dalam bukunya Strategic Management:Concept and Cases, berkaitan  perbandingan pengurusan strategi perniagaan  dan ketenteraan. David meyatakan setiap pengurusan dan  perancangan strategik  itu mempunyai  3 fasa. Iaitu  fasa formalasi (pembentukan), fasa implementasi (pelaksanaan) dan fasa evaluasi (penilaian). Dalam perancangan strategik perniagaan andaian akhir perancangannya adalah persaingan. Manakala dalam perancangan strategik  ketenteraan andaian perancangannya adalah  konflik. Hal ini seperti  yang ditunjukkan dalam rajah  dibawah.

Jadi apakah pula kedudukan dan andaian  akhir bagi perancangan  strategik  sekolah. David  tidak membincangkan hal  ini, tetapi  saya cuba merasional pandangan David melalui rajah berikut. Dalam pandangan saya perancangan strategik sekolah  andaian adalah  seperti rajah berikut:

Ernest P. Schloss ,Profesor Arizona Universiti menyatakan sifat utama perancangan strategik adalah jangka panjang, mungkin di antara 3 - 6  tahun. Di dalamnya juga terdapat  program yang dibuat bagi mencapai kehendak perancangan strategik.  Bagi memahami senerio perancangan strategik  sila saksikan   video berikut berkaitan dengan introduction to strategic planning atau pengenalan kepada perancangan strategik. Video ini mempunyai 4 siri.






DEFINASI 
PERANCANGAN STRATEGIK

       
Ada pelbagai definisi berkaitan dengan perancangan strategik. Misalnya Sufyan (2011) menyatakan perancangan strategik proses mengenalpasti objektif organisasi sebagai reaksi kepada peluang dan ancaman dengan melaksanakan aktiviti dan menggunakan sumber-sumber bagi mencapai objektif yang digariskan. Menurutnya skop perancangan strategik itu boleh secara jangka
pendek, sederhana dan  panjang.

Manakala Cox, Daspit, Mc Laughlin dan Jones(2012) menyatakan,



Dalam konteks sekolah perancangan strategik itu bagaimana pengurus dan pemimpin sekolah mengenal pasti masalah dan menukarkan masalah itu menjadi  program yang  berkesan dengan menggunakan sumber dan kepakaran yang ada   bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Untuk  mencapai matlamat yang berkesan itu maka STRATEGI  perlu dibuat  dengan terancang. Strategi perlu dibuat dalam bentuk program, dan ia perlu dilaksanakan oleh penitia atau guru-guru yang terlibat. Petunjuk  prestasi yang ditetapkan adalah cara  bagi memandu kita mencapai matlamat yang dikehendaki.

Suatu  yang perlu  difahami pelanggan terunggul sekolah adalah pelajar, jadi apa juga program yang dibuat yang mesti mempunyai impak yang kuat kepada kemenjadian pelajar. Sekolah akan mencipta nama dan kejayaan berdasarkan kejayaan kita membangunkan semua perkara berkaitan dengan kemenjadian murid. Program  itu samaada yang melibatkan hal kurikulum, kokurikulum, disiplin,  kerohanian dan moral,  hubungan luar  dan sebagainya.

KITARAN PERANCANGAN STRATEGIK
MODEL PERANCANGAN STRATEGIK
BRYSON
MODEL PERANCANGAN STRATEGIK  BRYSON

Dalam  menyediakan perancangan strategik  sekolah ada banyak model perancangan  strategik  yang boleh di pakai. Untuk  tutorial ini saya menggunakan model perancangan strategik  yang diubah suai dari model perancangan strategik Bryson (2003) untuk  non profit  orgaizations. Model asal  Brayson mempunyai  10 peringkat. Manakala dalam model yang  diubah suai ia mengandungi 7 proses strategik bermula daripada:
Proses  1: Pra perancangan
Proses 2: Halatuju organisasi
Proses 3: Analisis persekitaran
Proses 4: menyaring isu strategik / matlamat/ KPI  dan sasaran
Proses 5: strategi,pelan tindakan dan pelan operasi
Proses 6:Pelaksanaan strategi
Proses 7: Kawalan dan penambahbaikan berterusan

Proses 1-5  adalah fasa kelompok FASA PERANCANGAN, proses 6 adalah FASA PELAKSANAAN manakala proses 7 adalah FASA KAWALAN /PENILAIAN.

Rangka rajah di bawah  adalah  bagi menjelas  proses kerja yang patut  dibuat pada setiap peringkat  proses, bermula daripada proses 1 hingga proses 7. Sila telitikan proses tersebut bagi memantapkan kefahaman terhadap  penyediaan pelan perancangan strategik sekolah yang berkesan.


Proses  1: Pra perancangan
Kejayaan sesuatu  program sangat berkait rapat  dengan cara pengurus dan pemimpin sekolah menzahirkan wawasannya. Pengetua dan guru besar sepatutnya bertindak sebagai visionary leaders perlu menjelaskan keperluan  dan sebab sekolah perlu mempunyai perancangan straretagik  sekolah. Untuk  itu sesi taklimat atau LADAP perlu  dibuat kepada semua guru dan kakitangan sekolah supaya aspirasi  membina pelan perancangan strategik sekolah  di ketahui semua guru dan kakitangan sekolah serta ibubapa. Tempoh masa penyediaan  dan perancangan strategik  perlu dibuat. Nyatakan  semua guru akan  terlibat sebagai pemegang taruh, serta sama-sama membangunkan pelan perancangan strategik sekolah. Untuk  menarik kebersamaan ini boleh juga dijemput  penceramah yang berpengalaman yang boleh bercakap tentang  keperluan  membangun dan membina pelan perancangan strategik sekolah.

Proses 2: Halatuju organisasi
Dalam konteks perancangan strategik  sekolah hala tuju sekolah mestilah  selaras dengan visi dan misi KPM, selain  itu ia juga mesti berpaut kepada PPPM 2013-2025. Aspirasi sistem dan apirasi murid perlu disambut  selain daripada  melestarikan  pelan perancangan strategik sekolah merujuk kepada 10 anjakan dalam PPPM 2013-2025. Enam (6) daripada anjakan dalam PPPM  itu adalah aspek yang sangat berkait rapat  dengan kemenjadian murid  dan  ia perlu diterjemahkan secara strategik  dalam perancangan strategik sekolah

 Proses 3: Analisis persekitaran
Analisa persekitaran adalah cara strategis mengetahui KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG  dan ANCAMAN. Pelbagai alat Analisis boleh digunakan seperti SWOT, ISHIKAWA, MIND MAPPING, SEBAB DAN AKIBAT, Don Crawfort IN DEPTH  SCANNING TOOLS  dan sebagainya boleh digunakan. Analisis persekitaran yang dibuat perlu  berdasarkan maklumat dan data. Ia tidak boleh dibuat berdasarkan andaian dan persepsi. Dalam  konteks  sekolah segala maklumat dan data  boleh didapati daripada skor pencapaian kurikulum, kokurilum  dan sebagainya. Analisis berasaskan data  menjadikan program strategik  yang dirancang akan mempunyai impak yang kuat kepada kemenjadian murid.

Proses 4:  isu strategik / matlamat/ KPI  dan sasaran
Pengesanan  isu strategik  diperolehi daripada analisis persekitaran. Secara umumnya isu strategik  sekolah ia berkaitan dengan bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin, hal elwal murid, hubungan luar, sumber manusia dan sebagainya. ISU STRATEGIK  yang dianalisis dengan baik akan dapat  mengesan dasar masalah. Dasar masalah itu perlu  diterjemah dalam bentuk matlamat strategik. Daripadanya objektif strategik  boleh ditetapkan. Objektif boleh lebih daripada satu. Seterusnya menetapkan KPI dan unjuran sasaran.

Proses 5: strategi,pelan tindakan dan pelan operasi
Stretegi diterjemah daripada matlamat strategik. Strategi atau anasiatif perlu dibuat dalam bentuk program, ada tempoh masa, output dan KPI yang hendak dicapai. KPI strategi adalah menyambut KPI daripada dalam pelan perancangan strategik sekolah. Pelan operasi  adalah kerangka lengkap siapa yang terlibat  dalam  melaksanakan strategi yang ditetapkan.

Proses 6:Pelaksanaan strategi
Inilah peringkat terpenting dalam kejayaan pelaksanaan program. Pemegang Taruh  atau  stakeholder yang terdiri daripada ketua bidang, ketua panetia serta guru –guru  perlu melaksanakan semua program  berdasarkan strategi yang ditetapkan. Inilah  fasa yang paling kritikal dalam pelaksanaan perancangan strategik sekolah. Kejayaan dan kegagalan pelaksanaan perancangan strategik sekolah sangat bergantung kepada kesunggugan pemegang taruh melaksanakan program.

Proses 7: Kawalan dan penambahbaikan berterusan
Pelbagai  cara kawalan keberkesanan program perancangan strategik  sekolah boleh dilakukan. Misalnya  setaip enam bulan sekali dibuat pembentangan pelaporan pencapaian perancangan stretegik sekolah. Jabatan atau pemegang taruh  program akan membentang melaporkan pencapaian. Urusetia akan merekodkannya. Pada ketika ini  petunjuk prestasi atau KPI akan jadi petunjuk kepada keberkesanan  pelaksanaan program. Pemegang taruh perlu bertanggungjawab terhadap semua pencapaian KPI yang dimiliki, serta memberi sebab kenapa KPI tidak  dapat dicapai. Melalui pelaporan pencapaian itulah proses penambahbaikan  boleh dibuat  secara lebih berkesan



HUBUNGAN  DI ANTARA ISU STRATEGIK, MATLAMAT STRATEGIK, OBJEKTIF ,KPI DAN SASARAN PRESTASI DALAM PERANCANGAN  STRATEGIK SEKOLAH

1. Pelan perancangan strategik sekolah:

 Dalam rajah di bawah  saya tunjukkan semula makna isu strategik, matlamat strategik, objektif, KPI, TOV serta  sasaran   prestasi, Perkara  berkaitan dengan  isu strategik  dan  matlamat strategik  telah  dibicangkan di laman isu  dan matlamat strategik   sebelum ini, Sila klik pautan isu  & matlamat  strategik  untuk bacaan selanjutnya.



Rajah dibawah  pula  menunjukan   contoh isu, matlamat strategik , objektif, KPI   dan  sasaran prestasi  yang  dilengkapkan  dalam jadual pemetaan  tempelat pelan perancangan strategik.

2. Pelan tindakan  atau  pelan taktikal:

Pelan  tindakan  adalah cascading daripada pelan perancangan strategik. Ia mengandungi strategi yang patut  dibuat bagai mencapai matlamat  strategi. Strategi biasanya mengandungi beberapa program   bagi mencapai matlamat strategik. Contohnya   strategi meningkatkan sumber kewangan PIBG melalui sumbangan  pihak swasta.  Dalam rajah  di bawah  terdapat  dua program yang dibuat. Pertama program Jualan Meja Mega Raya  dan kedua,  Majlis graduasi Tahun 6. Output daripada  program itu  adalah peningkatan jumlah kewangan PIBG melalui  dana sumbangan  daripada pihak swasta.


3. Menyediakan  pelan operasi:

 Fasa ini adalah fasa  yang   sangat penting kerana ini adalah pintu  kepada pelaksanaan  program. Pelan operasi ini akan  menggambarkan siapa yang terlibat secara  lansung dalam melaksanakan program yang dirancang. Jumlah kos, sumber kewangan operasi serta jawatankuasa pelaksana yang  terlibat serta jadual tindakan operasi. Jika sifat projek besar  ia akan melibatkan banyak jawatan kuasa  dan  ramai orangnya



4. Jadual kawalan program:

Makenisme kawalan  adalah alat penting bagi memastikan sesuatu program itu dibuat dengan jayanya. Dalam pengurusan hal tersebut merupakan satu perkara penting. Melalui makenisme kawalan yang begitu  pengetua dan guru besar akan  tahu sama ada program yang dirancang telah  dilaksanakan atau tidak. Ada banyak cara kawalan yang  boleh dibuat  seperti menggunakan, project  management  control sheet  atau boleh mengguna jadual kawalan pelaksanaan program  seperti rajah dibawah. 





Kesimpulan:

kenapa perancangan strategik? jawapannya seperti rajah dibawah. Semoga anda semua berjaya membangunkan pelan perancangan strategik sekolah dengan cemerlang.