Dalam banyak sesi latihan yang saya beri kepada pengurus dan pemimpin pendidikan, persoalan yang selalu dibangkitkan oleh peserta kursus apa perlunya pengurusan dan perancangan strategik sekolah. Hal ini kerana sekolah mereka memang merancang setiap program yang dibuat. Jawapan lazim saya, tuan memang ada merancang dan membuat program tetapi sejauh mana program yang dilaksanakan mempunyai impak terhadap program yang disasarkan. Dalam pandangan saya perancangan strategik sekolah bukanlah melaksanakan perkara yang biasa-biasa, tetapi ia mestilah program yang berimpak tinggi yang memberi makna dari segi pencapaian intelektual melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum,yang memperkayakan perkembangan jasmani, rohani, emosi, sosial dan intelek. Kerana itu setiap perancangan strategik sekolah mesti mempunyai IMPAK yang kuat terhadap teras program yang dirancang.
Rumelt (2013) dalam buku Good Strategy and Bad Strategy menegaskan untuk membuat strategi yang berkesan kita kena tahu 'kernel' atau biji atau inti utama masalah itu. Kerana itu dalam perancangan strategik moden, guru pengurusan mengajar kita supaya, sebelum membuat strategi, dimestikan untuk dibuat analisis bagi mencari "kernel" atau biji masalah.
Analisis yang yang kerap digunakan seperti analisis SWOT, ISHIKAWA atau SEBAB dan AKIBAT dan sebagainya. Pada umumnya alat analisis itu mempunyai tools dan matrik yang perlu diselesaikan sebelum sesuatu isu teras dikenal pasti. Semua analisis yang saya sebut itu direka oleh guru-guru pengurusan moden dengan tujuan untuk mencari sebab sesuatu masalah sebelum strategi dirancang.
Dalam konteks pengurusan dan perancangan strategik sekolah menganilisis sesuatu keberkesanan program mesti dibuat secara betul dengan sokongan maklumat, atau data yang boleh didapati daripada laporan akademik, disiplin, kurikulum, kokurikulum dan sebagainya. Semua data itu memang sudah ada pada guru matapelajaran, Ketua Penetia, GPK dan sebagainya. Mengurus ISU STRATEGIK mesti dilihat secara INDEPTH atau secara ke dalam. Ia tidak praktikal dibuat berdasarkan persepsi dan andaian.
Misalnya setelah dianalisa didapati daripada 100 orang pelajar tahun satu diakhir tahun didapati 40 orang pelajar tidak boleh membaca dan menulis dalam bahasa inggeris dengan baik. 40 orang pelajar itu adalah satu ISU besar dalam kurikulum. Sebagai guru atau pengurus dan pemimpin sekolah apakah cara yang mesti dibuat supaya 40 orang murid itu boleh membaca dan menulis bahasa inggeris dengan baik.
Analisis yang baik akan dapat mengenal sebab dan akibat pelajar tidak boleh membaca itu. Adakah ia disebabkan oleh faktor kelemahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru, faktor kognitif pelajar atau faktor mental, Jika faktor mental ia perlu dirujuk kepada doktor pakar. Tetapi jika faktor PdP guru lemah di dalam bilik darjah atau kognitif pelajar ia mesti diatasi melalui strategi. Inilah yang dikatakan oleh Rumelt (2013), kenal biji atau kernel masalah. Program yang dibuat bagi membolehkan 40 pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam tempoh masa yang ditetapkan itulah yang perlu dibuat dalam bentuk strategi berimpak tinggi. Strategi yang dibuat mesti memberi perubahan kepada kemenjadian murid.
Rajah model Landskap Holistik Perancangan Strategik (Razak Rahim: 2017) merupakan satu kerangka holistik yang menunjukkan bagaimana pengurusan dan perancangan strategik berkesan dapat dilakukan. Model ini menunjukkan matlamat akhir kepada kejayaan dan keberkesanan pengurusan dan perancangan strategik adalah kemenjadian murid.
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.
Dalam konteks pendidikan kerajaan Malaysia telah merangka pelan perancangan strategik nasioanal yang dinamakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (PPPM 2013-2025)
Pelan ini mengaris beberapa dasar strategik pendidikan yang perlu dibuat dan dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dasar inilah yang perlu dilaksanakan oleh pengetua guru besar dan pemimpin sistem.
LIMA ASPIRASI SISTEM
Kerajaan Malaysia telah menetapkan 5 aspirasi sistem yang perlu dicapai iaitu berkaitan dengan AKSES, KUALITI, EKUITI, PERPADUAN dan KECEKAPAN.
Melalui Rajah 1, dapatlah di fahami bahawa kerajaan Malaysia telah menjanjikan perkara berikut:
11 ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
Daripada 11 anjakan itu 6 daripadanya mempunyai kaitan secara langsung yang melibatkan sekolah dan pelajar iaitu;
PPPM 2013-2025 merupakan janji kerajaan berkaitan pendidikan dan ia adalah mandat kerajaan kepada KPM yang perlu dilaksanakan. Kerana itu semua warga pendidikan daripada Bahagian, JPN, PPD, guru besar, pengetua dan guru-guru perlu menzahirkan setiap yang disebut dalam bentuk tindakan dan operasi. PPPM merupakan pelan dasar strategik pendidikan Malaysia bersifat jangka panjang. Untuk negara itu merupakan pelan perancangan strategik negara berkaitan dengan pendidikan. Berdasarkan PPPM itu, maka pegawai pelaksana yang berada dibawahnya perlu merealisasikan semua yang telah digariskan dalam bentuk program. Pelaksanaannya adalah mendatori.Tidak ada sebab untuk pemimpin sistem, pengurus dan pemimpin sekolah dan guru-guru tidak komited dan tidak akur bagi melaksakannya. Tafsiran kepada pelaksanaan ini memerlukan kebijaksaan pengurus dan pemimpin sekolah, supaya program yang dibuat 'landed' ditempatnya dan mempunyai IMPAK sejajar dengan dasar ANJAKAN yang ditetapkan.
Misalnya ANJAKAN 2- Memastikan Setiap Murid Menguasai Kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan galakan mempelajari bahasa tambahan. Anjakan ini menuntut komitmen pengetua, guru besar serta guru-guru mata pelajaran seluruh Malaysia bagi menterjemahkan dalam bentuk tindakan dan operasi. Hal itu bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran yang dihasratkan. Ia perlu diterjemah dalam bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kerana perkataan SETIAP MURID bermaksud, semua pelajar yang ada seramai lebih 2 juta orang mesti menguasai kemahiran yang ditetapkan. Kita sedia maklum pelajar di sekolah mempunyai pelbagai aras kecergasan kognitif. Kerana itu strategi perlu dibuat dengan berkesan supaya tidak ada pelajar yang ketinggalan dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta bahasa tambahan yang lain. Disinilah ia perlu diterjemah dalam bentuk perancangan strategik sekolah.
TERMINOLOGI DALAM PERANCANGAN STRATEGIK
Dalam perancangan strategik terdapat beberapa istilah yang sering digunakan. Diantara istilah itu seperti:
STRATEGI: adalah tindakan atau cara melakukan sesuatu dengan berkesan, ISU STRATEGIK: Persoalan utama atau pokok persoalan yang kritikal, manakala MATLAMAT STRATEGIK: merupakan sasaran yang ingin dicapai. Rajah 3 dan 4 di bawah menjelaskan makna terminologi yang dimaksudkan.
STRATEGIS
PELANCARAN, PUBLISITI DAN ROAD SHOW
Perancangan Strategik Sekolah (PSS) perlu dilaporkan status pencapaiannya. Melalui pelaporan itu semua pemilik program yang terlibat tahu kedudukan semasa pencapaian pelan perancangan strategik yang sudah dibuat. Laporan pencapaian perlu dibuat 2 kali setahun iaitu pada semakan setengah tahun dan diakhir tahun. Ia perlu ditakwimkan.
Urusetia pelaporan perlu dilantik bagi menyelaraskan format, masa, tempat pelaporan dibentangkan.
Untuk lebih tersusun satu pasukan kerja wajar dibentuk supaya segala aspek berkaitan dengan pelan perancangan strategik sekolah, bermula daripada praperancangan, perancangan, pelaksanaan dan penilaian program PSS dapat dilakukan secara sistematik.
Sesi pendengaran dan pelaporan ini perlu dihadiri oleh semua yang terlibat. Ia bermula daripada guru-guru, murid-murid, ibubapa dan semua pihak yang ada kepentingan. Pembentangan pencapaian ini sebagai satu cara kawalan pelaksanan program. Ia akan memberi motivasi kepada semua pihak yang terlibat. Pembentangan laporan PSS elok dibuat dalam bentuk laporan ringkas sama ada secara perbandingan, sebelum dan selepas pelaksanaan program atau boleh juga dibentangkan dalam bentuk kad pelaporan.
Untuk ibubapa ia boleh dibuat dalam bentuk 'OPEN DAY' atau HARI TERBUKA yang mana dalam majlis itu pencapaian perancangan strategik sekolah dibentangkan kepada semua ibu bapa. Untuk murid-murid pencapaian pelaporan PSS itu boleh dibuat dalam perhimpunan setengah tahun yang melibatkan semua guru dan murid-murid.
Tujuan pelaporan PSS
Rumelt (2013) Key factors in Strategic Planning |

Dalam kerangka pelan pendidikan negara, kemenjadian murid bukan retorik tetapi ia adalah teras kepada kejayaan sistem pendidikan. Kerana itu ia titipkan secara nyata dalam VISI dan MISI Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk itu mari sama-sama kita hayati VISI dan MISI KPM.
- VISI: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
- MISI: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Menenuhi Aspirasi Negara.
Bentuk kemenjadian murid yang dimaksudkan itu ialah insan yang dididik dan dibangunkan berasaskan potensi individu yang diterjemahkan oleh guru melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum, sahsiah diri, kemahiran insaniah atau soft skill, moral dan kerohanian dan sebagainya.
VISI dan MISI Kementerian Pendidikan Malaysia juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, bagi membangunkan potensi insan dalam aspek JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial). Kejayaan kita membangunkan potensi insan melalui perjuangan yang panjang dan berterusan akhirnya akan memberi kemakmuran kepada negara serta kesejahteraan kepada masyarakat. Dalam konteks pengurusan dan perancangan strategik apa-apa yang kita buat perlu berpaksi kepada hasrat murni VISI dan MISI itu. Model di bawah menjelaskan bagaimana perancangan strategik bergerak kearah kemenjadian murid bagi menghasilkan insan yang cemerlang.
Dalam konteks pendidikan kerajaan Malaysia telah merangka pelan perancangan strategik nasioanal yang dinamakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (PPPM 2013-2025)
SILA KLIK- PPPM 2013-2025 |
Pelan ini mengaris beberapa dasar strategik pendidikan yang perlu dibuat dan dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dasar inilah yang perlu dilaksanakan oleh pengetua guru besar dan pemimpin sistem.
LIMA ASPIRASI SISTEM
Kerajaan Malaysia telah menetapkan 5 aspirasi sistem yang perlu dicapai iaitu berkaitan dengan AKSES, KUALITI, EKUITI, PERPADUAN dan KECEKAPAN.
RAJAH 1: ASPIRASI SISTEM |
- Akses- kerajaan menetapkan sasaran 100 peratus kemasukan murid untuk belajar disekolah dari peringkat pra sekolah sehingga menengah atas. Dan ia perlu dicapai menjelang tahun 2020. Makna kepada janji kerajaan itu perlu diterjemahkan oleh semua pelaksana dasar, sama ada pada peringkat JPN, PPD dan sekolah. Yang jelas sekolah mesti menyambut hasrat ini, dan tidak ada pilihan menolak penerimaan masuk pelajar ke sekolah.
- Kualiti: Kerajaan khususnya kementerian pemdidikan telah menetapkan negara Malaysia berada dalam satu peritiga ke atas dalam pentaksiran berpestasi tinggi antarabangsa. Benchmarking kepada pentaksiran ini TIMSS dan PISA. Perkara ini perlu dicapai dalam tempoh 15 tahun. Apakah TIMSS dan PISA. TIMSS ada lah Trend in Matematic and Science Study manakala PISA merupakan singkatan dari Program for International Student Assessment. PISA merupakan satu penilaian antarabangsa yang menitikberatkan kemampuan anak usia 15 tahun dalam literasi membaca, matematik dan sains. Bagi mencapai hasrat itu pemimpin sekolah dan guru-guru seluruh malaysia perlu bergerak kearah pencapaian literasi tersebut dan ia perlu diterjemah melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran beraras tinggi atau KBAT.
- Ekuiti: Hasrat kerajaan bagi mengurangkan jurang pencapaian murid diantara bandar dan luar bandar. Dalam analisa pencapaian dikatakan anak-anak dibandar mempunyai pencapaian yang lebih baik dan tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar luar bandar. Dalam pencapai hasrat itu pemimpin sekolah dan guru-guru diluar bandar perlu bekerja keras bagi mencapai hasrat itu sama ada melalui strategi pengajaran motivasi , tunjuk ajar yang lebih kepada pelajar dan sebagainya.
- Perpaduan: Sistem pendidikan yang menawarkan perpaduan dan pemupukan persefahaman yang sama melalui ekosistem pembelajaran, pergaulan, pemahaman dan amalan nilai dan sebagainya. Ia perlu diterjemahkan dalam bentuk kandungan pelajaran, aktiviti pembelajaran, program pemupukan dan amalan perpaduan, kebersamaan tempat belajar, sikap saling memahami dan sebagainya.
- Kecekapan: Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid berasaskan perbelanjaan yang digunakan untuk membangunkan pendidikan anak-anak. Hal ini bermaksud apa juga program yang dibuat kepada pelajar ia perlu memberi impak dan hasil terbaik kepada pelajar. Hal ini dapat di ukur melalui pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah diri, kualiti kepimpinan, pengetahuan dan kemahiran pelajar dan sebagainya lagi. Setiap sen yang dibelanjakan ia perlu memberi kesan hebat dan berganda kepada kemejadian murid.
ENAM CIRI UTAMA- PERSAINGAN PELAJAR GLOBAL
Kementerian Pendidikan Malaysia memang menyedari persaingan pendidikan pada peringkat global. Ini berasaskan kepada andaian bahawa modal insan yang dibangunkan di Malaysia boleh menempatkan diri dinegara lain. Hal itu menyebabkan setiap murid dan pelajar di negara ini perlu memiliki 6 ciri utama pelajar global iaitu;

- Memiliki pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang adalah prasayarat penting kepada persaingan. Tanpa pengetahuan yang tinggi tidak mugkin pelajar kita boleh bersaing dipentas global.
- Pelajar memiliki kemahiran berfikir aras tinggi, yang dizahirkan melalui penampilan, penulisan, pemikiran dan sebagainya.
- Pelajar mempunyai kemahiran memimpin yang mana ia sangat penting sebagai insan yang terlibat dalam pentas dan persaingan global
- Menguasai kemahiran dwibahasa iaitu menguasai lebih daripada satu bahasa adalah perkara yang sudah menjadi keperluan. Penguasaan lebih daripada satu bahasa akan menjadikan pelajar malaysia dapat berhubung dengan komuniti masyarakat dunia melalui bahasa kedua atau ketiga yang dikuasainya.
- Memiliki etika dan kerohanian diri adalah satu perkara yang tidak kurang pentingnya. Tanpa etika atau adap serta memiliki kepercayaan serta amalan terhadap agama pelajar malaysia mudah terjebak dalam perbuatan buruk yang merosakkan imej diri dan masyarakat.
- Pelajar Malaysia juga perlu mempunyai identiti nasional, yang boleh ditampilkan melalui pakaian, pertuturan, adap dan kesopanan diri dan sebagainya
Rajah: 2 |
Semua ciri utama pelajar global itu seperti Rajah 2, perlu dibangunkan oleh sekolah. Hal yang demikian menyebabkan semua program dan aktiviti yang dijalankan disekolah samaada yang melibatkan aktiviti kurikulum, kokurikulum, kepimpinan, hubungan luar dan sebagainya perlu dicanai demi mencapai sifat pelajar gobal.
11 ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
Daripada 11 anjakan itu 6 daripadanya mempunyai kaitan secara langsung yang melibatkan sekolah dan pelajar iaitu;
- Anjakan 1- kesamarataan akses pendidikan bertaraf dunia.
- Anjakan 2- murid menguasai BM dan BI dan bahasa tambahan lain.
- Anjakan 3- rakyat yang menghayati nilai
- Anjakan 7- ICT dalam pembelajaran
- Anjakan 9 - kerjasama sekolah, ibubapa, komuniti, sektor swasta.
- Anjakan 10 - keberhasilan murid diukur berdasarkan setiap ringgit yang dibelanjakan.
PPPM 2013-2025 merupakan janji kerajaan berkaitan pendidikan dan ia adalah mandat kerajaan kepada KPM yang perlu dilaksanakan. Kerana itu semua warga pendidikan daripada Bahagian, JPN, PPD, guru besar, pengetua dan guru-guru perlu menzahirkan setiap yang disebut dalam bentuk tindakan dan operasi. PPPM merupakan pelan dasar strategik pendidikan Malaysia bersifat jangka panjang. Untuk negara itu merupakan pelan perancangan strategik negara berkaitan dengan pendidikan. Berdasarkan PPPM itu, maka pegawai pelaksana yang berada dibawahnya perlu merealisasikan semua yang telah digariskan dalam bentuk program. Pelaksanaannya adalah mendatori.Tidak ada sebab untuk pemimpin sistem, pengurus dan pemimpin sekolah dan guru-guru tidak komited dan tidak akur bagi melaksakannya. Tafsiran kepada pelaksanaan ini memerlukan kebijaksaan pengurus dan pemimpin sekolah, supaya program yang dibuat 'landed' ditempatnya dan mempunyai IMPAK sejajar dengan dasar ANJAKAN yang ditetapkan.
Misalnya ANJAKAN 2- Memastikan Setiap Murid Menguasai Kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan galakan mempelajari bahasa tambahan. Anjakan ini menuntut komitmen pengetua, guru besar serta guru-guru mata pelajaran seluruh Malaysia bagi menterjemahkan dalam bentuk tindakan dan operasi. Hal itu bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran yang dihasratkan. Ia perlu diterjemah dalam bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kerana perkataan SETIAP MURID bermaksud, semua pelajar yang ada seramai lebih 2 juta orang mesti menguasai kemahiran yang ditetapkan. Kita sedia maklum pelajar di sekolah mempunyai pelbagai aras kecergasan kognitif. Kerana itu strategi perlu dibuat dengan berkesan supaya tidak ada pelajar yang ketinggalan dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta bahasa tambahan yang lain. Disinilah ia perlu diterjemah dalam bentuk perancangan strategik sekolah.
TERMINOLOGI DALAM PERANCANGAN STRATEGIK
Dalam perancangan strategik terdapat beberapa istilah yang sering digunakan. Diantara istilah itu seperti:
- STRATEGI
- ISU
- MATLAMAT
- KRA
- SUB-KRA
- KPI
- TOV
- OBJEKTIF
- SASARAN
STRATEGI: adalah tindakan atau cara melakukan sesuatu dengan berkesan, ISU STRATEGIK: Persoalan utama atau pokok persoalan yang kritikal, manakala MATLAMAT STRATEGIK: merupakan sasaran yang ingin dicapai. Rajah 3 dan 4 di bawah menjelaskan makna terminologi yang dimaksudkan.
Rajah: 3 |
Rajah: 4 |
Kejayaan
perancangan strategik sekolah sangat
bergantung kepada strategis. Di sekolah
strategis itu mestilah diketuai pengetua atau guru besar. Kerana guru besar dan pengetua lebih memahami VISI dan MISI pendidikan serta agenda pendidikan negara. Bersama dengannya semua Guru Penolong Kanan, ketua bidang, ketua –ketua penitia, serta guru-guru
dalam setiap penitia mata pelajaran. Strategis boleh juga melibatkan AJK PIBG, fasilitator serta konsultan perancangan strategik. Pengetua dan guru besar adalah pengerak strategis. Semua ahli strategis akan duduk bersama-sama untuk mencari dan mengesan isu strategik. Strategis
akan membedah semua masalah serta isu
dan menetapkan sasaran serta matlamat strategik
yang perlu dibuat. Menentukan objektif strategik, menetapkan KPI serta
unjuran pencapaian yang perlu dicapai dalam beberapa tahun tertentu. Beberapa siri bengkel kerja perlu dibuat, bermula daripada sumbangsaran, membuat draf, serta menyediakan
draf lengkap perancangan strategik sekolah. Kesimpulannya strategis
itu adalah orang yang merancang dan membina perancangan strategik sekolah.
DOKUMENTASI PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH
Perancangan strategik sekolah yang lengkap
hendaklah didokumentasikan dengan sempurna. Dia perlu diberi judul atau
dijenamakan seperti ' PELAN KECEMERLANGAN SEKOLAH ST MARY
2017-2019' atau ' LANDSKAP KECEMERLANGAN SEKOLAH INTAN BAIDURI 2017-2019'.
Semua bahan perancangan strategik sekolah perlu dibubuh dalam fail berkulit keras atau
dibukukan.
Setiap penitia dibekalkan
dengan semua dokumen lengkap strategik. Paparkan juga perancagan
strategik sekolah itu dilaman web atau blog
sekolah. Bagi sekolah yang tiada blog ia boleh disimpan di 'cloud' misalnya pada
google drive atau dalam kotak e-mel. Tujuannya sesiapa sahaja boleh membuat semakan dan rujukan bidang
dan program strategik yang perlu dibuat. Kerana perancangan strategik sekolah adalah aspirasi bersama.
PELANCARAN, PUBLISITI DAN ROAD SHOW
Perancangan strategik sekolah
tidak akan bermakna jika
kewujudannya tidak diketahui. Pelancaran dan publisiti berkaitan dengan perancangan strategik sekolah perlu di war-warkan. Hal ini kerana visi, misi dan matlamat
strategik sekolah perlu dikongsi secara
bersama dengan pelajar, guru-guru, ibubapa
dan masyarakat NGO serta agensi yang berdekatan.
Kenapa pelancaran dan publisiti penting
·
Menimbulkan kesedaran kepada semua pelajar dan guru-guru serta ibubapa bahawa
sekolah telah mempunyai pelan perancangan strategiknya.
· Semua warga sekolah bergerak bersama-sama untuk mencapai matlamat
strategik yang ditetapkan. Sebagai contoh matlamat strategik sekolah
menetapkan sasaran semua pelajar tahun 4 mahir bertutur dan menulis
dalam bahasa inggeris.
· Kefahaman terhadap matlamat menyebabkan semua pelajar dan warga
sekolah akan bersama-sama mengerakkan program yang ditetapkan dalam matlamat
strategi.
· Semua program akan diterjemah dalam
bentuk tindakan dan operasi. Guru-guru yang terlibat akan mengajar dengan
bersungguh-sungguh seperti kerangka tindakan yang ditetapkan dalam
kerangka strategik.
· Persatuan, kelab dan sebagainya akan menggerakan pelbagai aktiviti bagi mencapai objektif matlamat strategik.
LAPORAN PENCAPAIAN PELAN PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH DAN SEMAKAN SASARAN KPI
Perancangan Strategik Sekolah (PSS) perlu dilaporkan status pencapaiannya. Melalui pelaporan itu semua pemilik program yang terlibat tahu kedudukan semasa pencapaian pelan perancangan strategik yang sudah dibuat. Laporan pencapaian perlu dibuat 2 kali setahun iaitu pada semakan setengah tahun dan diakhir tahun. Ia perlu ditakwimkan.
Urusetia pelaporan perlu dilantik bagi menyelaraskan format, masa, tempat pelaporan dibentangkan.
Untuk lebih tersusun satu pasukan kerja wajar dibentuk supaya segala aspek berkaitan dengan pelan perancangan strategik sekolah, bermula daripada praperancangan, perancangan, pelaksanaan dan penilaian program PSS dapat dilakukan secara sistematik.
Sesi pendengaran dan pelaporan ini perlu dihadiri oleh semua yang terlibat. Ia bermula daripada guru-guru, murid-murid, ibubapa dan semua pihak yang ada kepentingan. Pembentangan pencapaian ini sebagai satu cara kawalan pelaksanan program. Ia akan memberi motivasi kepada semua pihak yang terlibat. Pembentangan laporan PSS elok dibuat dalam bentuk laporan ringkas sama ada secara perbandingan, sebelum dan selepas pelaksanaan program atau boleh juga dibentangkan dalam bentuk kad pelaporan.
Untuk ibubapa ia boleh dibuat dalam bentuk 'OPEN DAY' atau HARI TERBUKA yang mana dalam majlis itu pencapaian perancangan strategik sekolah dibentangkan kepada semua ibu bapa. Untuk murid-murid pencapaian pelaporan PSS itu boleh dibuat dalam perhimpunan setengah tahun yang melibatkan semua guru dan murid-murid.
Tujuan pelaporan PSS
- untuk menilai kedudukan pencapaian program strategik yang telah dibuat.
- untuk memastikan setiap owner atau pemilik program melaksanakan semua program yang dirancang mengikut pelan perancangan strategik yang ditetapkan.
- untuk membuat penjajaran semula bagi program yang tersasar serta gagal mencapai impak yang ditetapkan
- untuk memberi motivasi kepada semua yang terlibat supaya meneruskan program serta melaksanakan sasaran yang ditetapkan.