ISU / MATLAMAT STRATEGIK





ISU STRATEGIK: 


Dalam  konteks perancangan strategik sekolah memahami dan mengesan  isu strategik  yang terdapat  disekolah  adalah satu perkara yang penting. Ada banyak cara yang boleh dibuat dalam mencari isu strategik.


Isu strategik  itu adalah punca masalah yang perlu diselesaikan dalam perancangan strategik. Jika dalam dunia perniagaan perancangan strategik berkisar kepada, isu penguasaan pasaran seperti jualan, persaingan dan penurunan permintaan produk dan jenama, pendapatan serta perolehan syarikat yang menurun  dan sebagainya lagi. Kerana itu banyak syarikat korporat menggunakan model 4Ps marketing mix (Mc Carty) untuk melakukan anjakan jualan.
 Dalam konteks sekolah analisa dan pengesanan isu tidak boleh dibuat secara sambil lewa. Kerana itu semua maklumat berkaitan dengan  prestasi kurikulum, kokurikulum, disiplin, hubungan luar, soft skills atau kemahiran insaniah, prestasi pengajaran dan pembelajaran guru dan murid perlu dianalisa secara bersama serta telus. Hal ini kerana perancangan strategik sekolah sifatnya sebagai 'non profit organization'.  Maka fokus strategiknya adalah berpusatkan kepuasan pelanggan serta kualiti terhadap sistem penyampaian bagi setiap  program yang dilaksanakan. Pelanggan sekolah yang terdiri daripada perancang sistem dan ibu bapa mahukan setiap anak-anak yang belajar di sekolah mempunyai pencapaian holistik dalam pelbagai bidang. Kerana itu sekolah mesti membuat strategi bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut.  Oleh kerana sekolah mempunyai pelajar yang memiliki kebolehan dan kecerdasan yang tidak sama maka  strategi yang dibuat perlu betul-betul kena pada isu  dan masalah yang ingin dilaksanakan. Untuk  itu semua  maklumat serta data yang ada disekolah perlu digunakan. 

Secara umum  hasil  analisa  kebanyakan daripada  isu strategik yang ada disekolah    berkaitan dengan hal kurikulum, kokurikulum, disiplin, sumber manusia, hubungan luar, kewangan, info dan infra struktur, kemahiran insaniah pelajar, kepimpinan  dan sebagainya.  Setiap isu strategik  perlu dibedah dengan mendalam, kerana jika ia isu kurikulum ia berkaitan dengan apa?... Rajah 5 di bawah adalah analogi kepada perbincangan ini. Tafsiran dan analisa  kepada  isu perlu bersumberkan kepada data sahih  yang  ada pada pada guru kanan, ketua penitia serta  guru-guru mata pelajaran. Isu strategik  itulah yang perlu   diselesaikan dalam bentuk penyelesaian masaalah melalui matlamat strategik serta program yang sesuai.


Rajah  5




CARA-CARA MENGESAN ISU STRATEGIK SEKOLAH

Terdapat  pelbagai cara untuk  strategis  mengesan  isu strategik sekolah. Caranya menggunakan  matrik dan analisa  persekitaran  seperti SWOT, Rajah Ishikawa, peta minda, Don Crowfort   indepth  scanning tools, matrik pengesanan masalah dan sebagainya. Diperingkat  sekolah  untuk menjadikan  pengesanan isu  lebih efaktif, semua guru ahli  penitia mata pelajaran bersama ketua penitia,   perlu duduk bersama- sama mencari  dan memahami isu strategik. Melalui  kebersamaan itu  'kernel'  isu  dan masalah  itu  akan  lebih  mudah  dikesani serta difahami.

Mengesan isu strategik  yang  dibuat secara berseorangan  sangat  tidak praktikal  kerana ia akan mengwujudkan  bias  isu  yang  berasaskan persepsi.  Sebaik-baiknya pencarian dan pemahaman isu strategik   ia dijana dalam bentuk sumbangsaran makmal atau  bengkel. Konsultan luar negara seperti McKinsey , syarikat korporat, badan berkanun serta beberapa agensi kerajaan  banyak menggunakan pendekatan  makmal dalam memahami isu strategik organisasi serta membangun pelan perancangan strategik organisasi mereka. 

Dalam perbincangan ini saya kemukakan  2 alat pengesanan isu ia itu menggunakan  Don Crawfort – indepth scanning tools dan Matrik pengesanan masalah. 

Analisis SWOT, sebab akibat, Rajah Ishikawa dan Mind Mapping- Tony Busan  tidak  saya bincangkan kerana matrik analisa tersebut sudah  biasa digunakan.







Matrik Pengesanan Masalah 
(Strategic  Scanning Tools)     

 Tools ini mudah  digunakan. langkah - langkahnya seperti  di bawah:
   
i. Kenal pasti KRA atau  bidang utama yang mempunyai masalah
ii. Apa Isu Strategik  yang berkaitan KRA. Tuliskan isu dengan jelas dalam bentuk ayat ringkas,
iii. Tetapkan darjah risiko. SATU adalah  risiko  paling  rendah, manakala 10 paling tinggi.
iv. Apakah MATLAMAT  STRATEGIK yang  perlu  dibuat. Buat dalam bentuk pernyataan ayat.
v. Darjah  risiko  tinggi  adalah  petunjuk isu yang perlu disegerakan dalam merangka matlamat strategik. Ia diterjemah melalui  strategi dan program yang memberi impak kuat dan hebat.



Don Crawfort – indepth scanning tools



Don Crowfort indepth  scanning tools alat analisis yang  menarik bagi merungkaikan masalah dan isu strategik. Cara menggunakan tools ini juga mudah:

1. Apakah SITUASI SEMASA yang menjadi isu: Tulis dalam bentuk pernyataan ringkas serta jelas.

2. Tulis beberapa petunjuk yang menjelaskan keadaan kritikal situasi  semasa.

3. Tetapkan apakah SITUASI  DIINGINI kesan daripada isu yang terdapat dalam situasi  semasa.

4. Tentukan objektif yang hendak  dicapai berasaskan  situasi  yang diingini.

5.  Apakah LOMPANG/JURANG PEMBAIKAN yang boleh dibuat. Pengisian jurang ini dalam bentuk tindakan dan taktikal yang spesifik yang mengandungi tindakan yang perlu dibuat serta tempoh  masa melaksanakan tindakan. Grafik  di bawah  menjelaskan kronologi  memasukan input  dalam tempelet Don Crawfort.














MATLAMAT STRATEGIK

Matlamat strategik cara strategis menetapkan tujuan akhir berdasarkan  isu yang di kenalpasti.

Katakan isunya berkaitan dengan pusat sumber sekolah tidak mempunyai koleksi  buku yang cukup untuk pelajar. Isu lain yang berkaitan, sekolah tidak mempunyai wang untuk membeli buku perpustakaan.

Berasaskan isu  itu strategis  boleh menterjemah dalam bentuk matlamat dan ia  boleh di zahirkan seperti berikut:
Menambah koleksi buku perpustakaan melalui sumbangan wakaf buku dan sumbangan syarikat  swasta untuk membeli buku  perputakaan.


Pemetaan kandungan Landskap Kandungan Perancangan Strategik yang dipaparkan membantu anda memahami  bagaimana ISU STRATEGIK  dan  MATLAMAT  STRATEGIK  dikaitkan. Malah dalam  rajah  juga bagaimana pernyataan  OBJEKTIF  dicatatkan, KPI serta UNJURAN sasaran