INTRO

GURUTRAINING  dibangunkan  untuk kami berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan pengurusan organisasi dan perancangan strategik sekolah secara maya. Kecanggihan   teknologi ICT khususnya  internet  telah  menjadikan kita sebagai  komuniti  kampung  global maya  tanpa sempadan.  Pengalaman  GURUTRAINING yang terlibat secara langsung dalam  memberi syarahan, latihan, konsultasi dan bimbingan follow up and  follow through kepada pengurus dan pemimpin pendidikan sekolah dan pemimpin sistem  di Malaysia, berkaitan pengurusan organisasi dan perancangan strategik sekolah  telah mencetuskan  semangat  untuk  GURUTRAINING membangunkan laman ini supaya maklumat serta pengetahuan  latihan,  berkaitan dengan pengurusan organisasi dan perancangan strategik sekolah dapat disebarkan dengan luas.  Pada abad ini pengurusan dan perancangan strategik sekolah merupakan alat kawalan penting bagi menjadikan  pengurusan dan perancangan program sekolah lebih berfokus serta menepati sasaran yang ditetapkan. Yang paling utama impak kepada perancangan strategik sekolah  ia  dapat menghasilkan pelajar yang berdaya saing, berjaya dan cemerlang mengikut potensi diri, demi memacu kejayaan kehidupan masa hadapan.


MENTOR GURUTRAINING
GURUTRAINING dibangunkan oleh Abdul Razak Abdul Rahim.  Mentor ini  merupakan  pensyarah dan trainer  yang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Memiliki ijazah sarjana lanjutan dalam Master Pengurusan kepimpinan pendidikan daripada Malaysian Graduate School of Management, Universiti Putra Malaysia. Kapakaran beliau adalah dalam bidang pengurusan organisasi dan pengurusan kepimpinan pendidikan, Pengurusan Penerbitan Buku dan rekabentuk buku serta pembangunan organisasi dan imej korporat.  Pengalaman beliau dalam pengurusan dan pembangunan organisasi bermula sejak tahun 2001. Beliau pernah bertugas sebagai guru, penolong pengarah, Ketua Unit Teknikal Penerbitan, Timbalan Ketua Penolong Pengarah Sektor Teknikal Penerbitan, Bahagian Buku Teks, Ketua Pusat dan Pensyarah Kanan di Institut Aminuddin Baki, KPM. 

Pengalamannya dibeberapa bahagian KPM telah menjadi  eset berguna dalam  membangunkan  modul latihan yang berkesan berkaitan dengan pengurusan organisasi, pengurusan awam, perancangan strategik, serta  pengurusan penerbitan dan rekabentuk buku. Selain daripada menjadi pensyarah dan trainers beliau terlibat dalam konsultasi, seminar, bengkel serta lawatan kerja sama ada di dalam dan di luar Negara. Beliau pernah menjadi ahli Majlis Penerbit Ilmiah Malaysia (MAPIM), yang mana semua penerbit universiti termasuk Institut Aminuddin Baki bergabung didalamnya. Beliau pernah mendapat latihan  di RMIT Universiti, Melborne Australia, London Book House, selain lawatan kerja ke sekolah- sekolah di Jepun, United Kingdom dan sebagainya. Melalui lawatan  itu beliau telah dapat melihat amalan terbaik atau the best practices dalam pengurusan dan kepimpinan dipelbagai sektor dan agensi. 

Selain itu mentor Gurutraining adalah  editor JURNAL Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Jilid 1 dan jilid 2, tahun 2016  terbitan Institut Aminuddin Baki.  Selain editor jurnal mentor Gurutraining adalah  editor dan pengurus penerbitan bagi beberapa buku diantaranya buku Landskap  Premier Centre, IAB, Buku Pengurusan Mesyuarat Berkualiti, Buku  Laporan Tahunan IAB 2015, Buku Minda Pengarah, Prosiding kolokium ICT dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan 2013  dan  sebagainya. Sebagai trainer beliau juga telah menjelajah dibanyak  sekolah seluruh Malaysia, sama ada untuk tujuan FUFT, konsultasi,  benchmarking, penyelidikan dan sebagainya.


PERTANYAAN  DAN
BIMBINGAN  LATIHAN & KONSULTASI

Sila hubungi  melalui,
Tel/Whatsapp: 018-2131067


BUTANG NAVIGASI



KONSULTASI


LAMAN LAIN

Pengurusan Strategik Sekolah
Pengurusan Penerbitan & Rekabentuk Buku dan Majalah
Pengurusan & Kepimpinan  Organisasi



©Hakcipta Terpilihara.  
Tiada mana-mana bahagian daripada bahan ini boleh digunakan tanpa kebenaran bertulis daripada pembangun laman GURUTRANING.