GALERI LATIHAN

BENGKEL PENGURUSAN PENYEDIAAN  PELAN PERANCANGAN STRATEGIK 2017-2019:

TARIKH: 14 JANUARI 2017- Bengkel ini disertai lebih daripada 100 orang guru-guru SK St Mary Kuala Lumpur  dan SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur. Bengkel ini melibatkan semua GPK , Ketua Bidang, Ketua Penitia dan guru-guru dalam panetia mata pelajaran. Melalui bengkel ini setiap panetia akan  mengenal pasti  isu strategik, menetapkan matlamat dan menyusun strategik serta program strategik   bagi dizahirkan dalam pelan perancangan stretegik sekolah. Terima kasih kepada Guru Besar SK ST MARY,  Cik Ngan dan Guru Besar SK INTAN  BAIDURI, Tuan Haji Ahmad Fuad kerana  menjemput saya sebagai penceramah dan fasilitator. Semoga sekolah St Mary dan SK Intan Baiduri, mencipta kecemerlangan yang hebat dalam  melahirkan pelajar yang  holistik hebat dan cemerlang. 


















KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK GB SK/SJK PPD ZON SENTUL, KUALA LUMPUR

TARIKH: 1-2 DISEMBER 2016- Bertempat  di SK Bandar Baru, Sentul Kuala Lumpur, Kursus penyediaan perancangan strategik  sekolah telah di adakan. Seramai 60 orang  guru besar SK dan SJK zon Sentul telah hadir dan bersama-sama merangka pelan strategik  sekolah 2017-2019. Kursus itu telah  menghuraikan apakah isu strategik sekolah yang perlu diterjamah dalam bentuk strategi supaya ia memberi impak hebat kepada kemenjadian murid. Kursus itu turut  dihadiri oleh tn Hj Jauhir bin Mondakir, Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidkan Wilayah Persekutuan, merangkap PPD Zon Sentul, Tn Haji Sanusi Abdullah pegawai SIP+ serta pegawai-pegawai dari JPWP, KL.