PELAKSANAAN STRATEGI





Mempunyai pelan perancangan strategik sebenarnya tidak mempunyai apa-apa makna jika ia tidak  zahirkan melalui tindakan. Saya telah mengalami beberapa pengalaman yang mengejutkan serta  melucukan kerana ada perancangan strategik sekolah tidak diketahui dan disedari oleh warga sekolah. 

Saya berpendapat hal itu berlaku kerana kefahaman dan tujuan andanya perancangan strategik sekolah  tidak diwartakan serta dihebahkan kepada warga sekolah. Hal itu menjadikan VISI dan MISI yang dihasratkan tidak tercapai. Perancangan strategik sekolah bukanlah   dokumen sulit  yang sangat terlarang dan  disimpan dibilik kebal pengurus dan pemimpin sekolah. 

Tujuan perancangan strategik sekolah  sudah tersasar kerana ia sekadar memenuhi kehendak pihak tertentu dan sekadar menjadi dokumen acara. 

Kerana itu saya berpendapat apabila perancangan strategik sekolah  tidak  diinstitusikan  dan tidak diwar-warkan, dan pemegang taruh tidak mengambil peranan,  ia tidak akan memberi apa-apa impak dalam melonjakkan kebitaraan dan kecemerlangan sekolah. 

Kerana itu   pengetua dan guru besar perlu membuat strategi memasarkan pelaksanaan program supaya perancangan strategik sekolah disambut secara bersama. Apakah caranya:

  • Pelaksanaan perancangan strategik sekolah dilancarkan dan dihebahkan kepada guru-guru, murid-murid, ibubapa dan masyarakat setempat. 
  • Ketua pemilik program ditetapkan yang terdiri daripada ketua penitia, ketua jabatan, atau setiausaha tertentu sebagai pemegang taruh. 
  • Serahkah kepada pemegang taruh, pelan perancangan strategik sekolah bersama-sama dengan pelan tindakan dan pelan operasi.
  • Semua ahli pemegang taruh yang terdiri daripada guru-guru akan bersama-sama terlibat bagi menjayakan program yang ditetapkan.
  • Strategi, program dan KPI  yang hendak dicapai perlu difahami oleh  semua.
  • Bugarkan semangat perancangan strategik  sekolah dalam semua acara penting sekolah seperti mesyuarat guru, perhimpunan mingguan sekolah, surat edaran, laman web dan blog, facebook sekolah, tag line, laporan buletin, mesyuarat agong PIBG dan sebagainya.
  • Gunakan kain gegantung atau  sepanduk sebagai iklan statik  yang ditempat dibeberapa lokasi sekolah.
  • Adakan hari terbuka pelaporan pencapaian pelan perancangan strategik sekolah.
  • Bentang  kejayaan perancangan strategik sekolah dalam bentuk kad laporan.



Rajah 1: Templat  kawalan pelaksanaan program


LAPORAN  KEBERKESANAN  PROGRAM


Bagaimana kita tahu pelaksanaan perancangan strategik  berjaya atau gagal ? Jawapannya  ia perlu  dipantau melalui pelaporan. Templat  dibawah seperti  rajah 2 dan rajah 3, adalah contoh kad pelaporan  program yang diurusetia oleh setiauhasa  pelaporan  perancangan strategik sekolah.


Rajah 2: Templat laporan pencapaian PSS




Rajah 3:Contoh  pengisian kandungan laporan PSS