KONSULTASI

"Perlukan penceramah, jurulatih atau fasilitator perancangan strategik?  GURUTRAINING sedia membantu"

Pengalaman sebagai Ketua Pusat, di Institut Aminuddin Baki, Pensyarah Kanan, Ketua Unit merangkap Timbalan Ketua Penolong Pengarah Sektor Teknikal, Penolong Pengarah di Bahagian Buku Teks, KPM,guru dan ketua bidang adalah satu pengalaman dan aset pengurusan dan kepimpinan yang boleh dikongsi dengan pihak lain. 

Pembangun GURUTRAINING     Abdul Razak Abdul Rahim  berpengalaman dalam  latihan dan pembangunan organisasi lebih daripada 16 tahun. Berpendidikan Master Management dalam   Pengurusan dan kepimpinan pendidikan  daripada Universiti Putra Malaysia. 

Beliau juga  memiliki B.A.Hons.Fine Arts, daripada Universiti Sains Malaysia. Major dalam Fine Arts dan minor dalam sains politik. Selain  itu memiliki sijil Art Teachers Specialist, Sijil Perguruan  dalam Art  Education, daripada MPSI/UPSI. 

Beliau turut memiliki sijil  pengurusan dan kepimpinan organisasi dari  RMIT Universiti, Melbourne, Australia, serta Publishing and Printing Certificate daripada, Universiti Malaya.

Lawatan kerja bench marking ke sekolah dalam dan luar negara seperti Jepun, United Kingdom, Australia, Thailand  telah memperkayakan pengalaman beliau dengan best practices yang di amalkan oleh organisasi dalam negara tersebut. Begitu juga lawatan kerja, FUFT ke sekolah-sekolah di Malaysia telah memperkukuhkan perbandingan diantara negara ini dengan negara yang lain.

Mentor ini juga mempunyai kepakaran latihan, pembangunan modul, konsultasi dan penulisan dalam bidang Pengurusan Organisasi dan Pengurusan Pendidikan, Pengurusan Penerbitan, Reka bentuk dan Percetakan Buku.

Beliau   selalu dijemput  untuk memberi  ceramah, motivasi, konsultasi,  berkaitan kepimpinan Organisasi serta Perancangan Strategik Sekolah, penerbitan buku dan Rekabentuk Grafik serta Imej Korporat. 

Mentor ini juga adalah editor dan pengurus penerbitan kepada beberapa buku, jurnal dan majalah. Diantaranya jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, jilid 1 dan jilid 2, terbitan  IAB 2016. Pembacaan  dan penyuntingan  artikel  jurnal  serta  manuskrip  buku telah memperkayakan  imput profesional berkaitan dengan amalan terbaik  dan resolusi mengatasi masalah  dalam pemgurusan dan kepimpinan sekolah dan organisasi.

Pertanyaan berkaitan ceramah, ladap, bengkel berkaitan pengurusan  dan kepimpinan organisasi, perancangan strategik sekolah,  boleh dibuat melalui e-mel/ telefon/whatsapp  seperti di bawah.
Telefon/whatsapp: 018- 2131067
e-mel: guruseni57@gmail.com