BANDAR ENSTEK,Kompleks Pendidkan Nilai, 30 JAN 2017: Pada awal tahun ini banyak sekolah yang sedang merangka dan membina pelan perancangan strategik sekolah. Apa yang penting pelan perancagan strategik sekolah dihasilkan bertolak daripada dasar organisasi kita iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Dasar organisasi KPM seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, MISI dan VISI KPM dirangka demi mencapai hasrat unggul melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Saya kongsikan Kanvas Pembangunan Pelan Perancangan Strategik Sekolah sebagai rujukan.
Tuesday, January 31, 2017
Sunday, January 29, 2017
KENAPA PERANCANGAN GAGAL
Kuala Lumpur 29 Januari 2017: Madah bestari Winston Churcill mempunyai makna yang besar dalam konteks perancangan. Katanya "sesiapa yang gagal merancang, dia akan gagal" . Premis keramat itu telah banyak diungkap dan diucap. Ada yang sekadar menggunakannya sebagai modal bual bicara. Ada yang berjaya menggunakan ungkapan itu sebagai pencetus perubahan diri dan organisasi. Dalam konteks perancangan strategik sekolah ia perlu dirancang dengan tepat supaya impaknya hebat kepada kemenjadian murid-murid. Premis petikan dan huraian di atas adalah penjelasan kepada sebab-sebab kegagalan perancangan. Relakah kita menjadi pengurus dan pemimpin sekolah yang gagal merancang.
SELF LEADERSHIP ACTION
Kuala Lumpur: 29 Januari 2017 : Saya kemukakan jadual ini untuk kita bersama-sama menyemak kedudukan impian diri kita. Adakah impian diri kita ada sejajar dengan keperluan 21st Century Skills. Kegagalan pertama kebanyakan manusia kerana tidak percaya kepada keupayaan diri. Saya tidak mahu memanjangkan perbincangan ini. Tetapi saya mencadangkan kita sama-sama melihat secara ke dalam, apakah tindakan kepimpinan kendiri ( self leadership action) kita. Pengurus dan pemimpin sekolah yang hebat akan sentiasa menyemak tindakan kepimpinan kendirinya. Anda bagaimana? Saya doakan anda berada dalam kelompok tindakan kepimpinan kendiri yang hebat,
Saturday, January 28, 2017
PEMIMPIN STRATEGIK ABAD 21
Kuala Lumpur 29 Jan 2017: Inilah cabaran pemimpin dan pengurus sekolah abad 21. Bagi semua pemimpin organisasi ini satu perkara besar yang perlu difahami dan hayati, Hal ini kerana generasi yang kita pimpin sekarang adalah generasi yang terdedah dengan pelbagai sumber maklumat dihujung jari. Saya paparkan model berikut untuk difikirkan secara mendalam.
MODEL STRATEGIK KEMENJADIAN MURID
Kuala Lumpur: 29 Januari 2017: Apakah bentuk anak-anak yang ingin kita lahirkan disekolah? Hal ini merupakan satu perkara penting yang perlu dihayati dengan mendalam oleh semua guru-guru dan pemimpin sekolah. Dalam banyak bengkel dan latihan yang saya beri, perkara ini selalu saya bangkitkan. Apakah langkah-langkah strategik yang kita lakukan cukup kuat bagi memberi IMPAK SAUJANA bagi membangunkan kompetensi anak-anak kita. Guru besar dan Pengetua selaku peneraju sekolah bersama-sama guru-guru adalah wira dan panglima kepada perubahan ini. Rancanglah secara strategik demi kemenjadian anak-anak kita. Jasa tuan tetap dikenang.
BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK SK ST MARY DAN SK INTAN BAIDURI
Kuala Lumpur: 14 Jan 2017 (Sabtu), Bertempat di Dewan Besar SK ST Mary, Kuala Lumpur, satu bengkel penyediaan pelan perancangan strategik sekolah 2017-2019 telah diadakan dengan jayanya. Bengkel sehari itu telah di hadiri oleh GPK, Ketua Bidang, Ketua Panetia serta guru-gur dari SK St Mary dan SK Intan Baiduri. Bengkel tersebut telah di sertai lebih daripada 100 guru-guru daripada kedua-dua buah sekolah. Bengkel itu bertujuan untuk memantapkan kefahaman semua guru, bagi menyediakan pelan perancangan strategik sekolah yang berkesan. Dalam majlis yang sama satu memorandum perkonsian pintar diantara SK St Mary dan SK Intan Baiduri telah ditangani. Memorandum persefahaman itu sebagai satu kerjasama strategik yang di tangani oleh Cik Ngan mewakili SK St Mary, manakala SK Intan Baiduri di wakili oleh Tn Hj Ahmad Fuad. Dalam bengkel itu penceramah dan fasilitator bengkel telah menunjuk cara mengesan isu strategik sekolah menggunakan beberapa alat analisis, serta menterjemahkan isu strategik kepada matlamat dan strategi. Bengkel pelan perancangan strategik sekolah 2017-2019 telah dipimpin oleh Abdul Razak Abdul Rahim, dari IAB, KPM.
PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH MELONJAKKAN KECEMERLANGAN PELAJAR.
Kuala Lumpur: 1-2 Disember 2016: Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Tn Haji Jauhir Mondakir, menegaskan, perancangan strategik sekolah merupakan satu bentuk perancangan yang penting bagi melonjakkan kejayaan sekolah. Beliau menegaskan perkara itu dalam kursus perancangan strategik untuk gurubesar SK dan SJK, PPD Zon Sentul yang telah diadakan di SK Bandar Baru, Sentul, Kuala Lumpur. Beliau menegaskan pelan perancangan strategik sekolah merupakan dokumen terancang bagi memastikan sekolah bergerak pada landasan yang betul. Beliau menegaskan semua sekolah di PPD Zon Sentul perlu mempunyai pelan perancangan strategik sekolah untuk tempoh tiga tahun bermula daripada 2017-2019. Kursus tersebut telah di bimbing oleh Abdul Razak Abdul Rahim, pensyarah kanan daripada Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Seramai lebih daripada 60 orang guru besar SK dan SJK serta pegawai JPWP telah mengikuti kursus tersebut.
Tn Hj Jauhir menyampaikan token |
peserta kursus tekun berbengkel |
Subscribe to:
Posts (Atom)